
Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan Pengurus ALC Subang Jaya. Sejurus kemudian taklimat teknik Al-Baghdadi disampaikan oleh Timbalan Pengarah ATC Selangor diikuti dengan simbolik perasmian iaitu menandatangani Plug Perasmian.
Pada hari pertama ini, ALC berkenaan yang dimiliki oleh Puan Maizatul Asyiqin telah mula menerima pendaftaran baru Kelab Al-Baghdadi (Asas) bagi pengambilan sesi Januari-Mac 2012. Seramai 6 orang dewasa telah berminat untuk menyertai Kelab Al-Baghdadi Asas ini. Kelas akan bermula pada minggu hadapan.Jualan buku Teknik Al-Baghdadi juga turut diadakan dan mendapat sambutan hangat. Majlis tamat pada jam 12 tengahari. Penduduk sekitar Subang Jaya boleh menghubungi Puan Maizatul Asyiqin di talian 019-280 6298


Alamat ALC Subang Jaya

Tetamu mula hadir pada jam 9 pagi

Menandatangani Plug Perasmian

Puan Maizatul Ashiqin gembira di hari pembukaan ALCnya
No comments:
Post a Comment