Oleh: Ust. Md Hakim Taman, Timbalan Pengarah ATC Selangor

Seramai lebih 20 orang telah hadir ke majlis Pelancaran ALC Subang Jaya yang terletak di tingkat 2 bangunan kedai di USJ 21 pagi tadi. Bangunan yang mempunyai kelengkapan 2 buah bilik seminar yang boleh memuatkan 40 orang, musolla dan ruang tamu yang cantik dan selesa ini akan memulakan operasinya hari ini.
Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan aluan Pengurus ALC Subang Jaya. Sejurus kemudian taklimat teknik Al-Baghdadi disampaikan oleh Timbalan Pengarah ATC Selangor diikuti dengan simbolik perasmian iaitu menandatangani Plug Perasmian.
Pada hari pertama ini, ALC berkenaan yang dimiliki oleh Puan Maizatul Asyiqin telah mula menerima pendaftaran baru Kelab Al-Baghdadi (Asas) bagi pengambilan sesi Januari-Mac 2012. Seramai 6 orang dewasa telah berminat untuk menyertai Kelab Al-Baghdadi Asas ini. Kelas akan bermula pada minggu hadapan.Jualan buku Teknik Al-Baghdadi juga turut diadakan dan mendapat sambutan hangat. Majlis tamat pada jam 12 tengahari. Penduduk sekitar Subang Jaya boleh menghubungi Puan Maizatul Asyiqin di talian 019-280 6298
Alamat ALC Subang Jaya
Tetamu mula hadir pada jam 9 pagi
Menandatangani Plug Perasmian
Puan Maizatul Ashiqin gembira di hari pembukaan ALCnya